Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Sunday, December 14, 2008

Coklat Cloud .... Classic

"Kisah Classic Coklat Cloud"
Selepas solat Jumaat Pak Megat ( siak masjid ) jumpa ana menyampaikan rasa geramnya.Beliau memaklumkan anaknya makan coklat yang ada kaca.Katanya beliau beli coklat tersebut satu pek besar di Pasaraya Besar Giant Kota D..... yang baru buka!!!!.Pak Megat minta pendapat macam mana nak buat tindakan seterusnya kerana beliau dah ke hospital dan juga buat laporan polis.Ana terus call beberapa orang rakan dan lanjutan itu ana bincang dengan Lawyer Fadzil dan memaklumkan kes ini.Insyaallah tindakan seterusnya akan menyusul....
Ini petikan dari web www.malaysiakini .com

Gadis tertelan kaca dalam coklat

Seorang remaja perempuan nyaris tercekik apabila beliau tertelan kaca yang terkandung di dalam coklat yang dimakan di rumahnya di Damansara Damai dekat sini semalam.Mangsa Nurul Huda Megat Ahmad, 17, berkata kejadian pada pukul 8 malam itu bermula apabila tekaknya terasa pedih dan sakit selepas beliau memakan sebungkus daripada sepaket coklat yang dibeli di sebuah pasaraya berhampiran rumahnya, Sabtu lepas.
"Mula-mula makan (coklat), saya terasa sesuatu benda asing seperti pasir namun saya tetap juga makan coklat tersebut."Apabila tekak saya terasa sakit, saya tengok kembali baki coklat yang ada dan tak sangka ada kaca yang panjangnya bersaiz ibu jari dalam bungkusan coklat itu," katanya, lapor Bernama, di Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.
Setelah menyedari beliau tertelan serpihan kaca, Nurul Huda yang ditemani bapanya kemudiannya bergegas ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan.Bapa mangsa Megat Ahmad Megat Khalid, 55, berkata beliau dan anaknya ke klinik berhampiran pada pukul 10.30 malam untuk mendapatkan rawatan."Doktor klinik itu kemudian menyuruh kami ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan susulan apabila pemeriksaan X-Ray mendapati ada 'sesuatu' di tekak anak saya."Bagaimanapun, serpihan kaca itu telah masuk ke dalam (perut) Nurul Huda dan hanya akan keluar apabila dia membuang air besar," Megat Ahmad dipetik berkata.Megat Ahmad berkata tekak Nurul Huda kini sudah mula pulih dan beliau berharap serpihan kaca itu tidak akan mengganggu sistem saluran usus anaknya.
Katanya beliau telah membuat laporan polis dan akan membuat keputusan kemudian sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang."Saya telah buat dua laporan polis, satu di balai polis Sungai Buloh awal pagi tadi dan satu lagi di pondok polis Hospital Sungai Buloh pukul 12.30 tengah hari ini."Sebagai pengguna saya nak perkara ini disiasat agar tiada pihak lain yang menjadi mangsa," kata Megat Ahmad, lapor agensi berita itu lagi.Ketua polis daerah Gombak ACP Rahim Abdullah mengesahkan laporan tersebut.
Lagi berita anak Pak Megat ada disiarkan dalam akhbar Sinar Harian Edisi Selangor 13 Disember 2008....

No comments: