Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Wednesday, November 26, 2008

Update Foto Sunathon 2008

Jom Sunathon Masjid Al-Muhtadin 2008


Program dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA PJ) telah dilaksanakan pada Ahad, 23 Nov 2008 bermula jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 6 petang. Pada malam 22 Nov 2008 telah diadakan majlis Khatam Al-Quran peserta Sunathon.

Program Jom Sunathon 2008 melibatkan beberapa program sampingan antaranya ceramah berkhatan dalam perspektif Islam (ISMA PJ), sesi berkhatan, mewarna kanak-kanak dan pameran ISMA, masjid Al-Muhtadin dan BOMBA.Juga terdapat beberapa anak kariah yang telah membuka gerai jualan dan sambutan amat menggalakkan.

Program Sunathon 2008 telah disertai oleh 36 orang dan masih ramai lagi yang berminat tetapi ini adalah pioneer project!! Tahun depan kita buat lagi ramai insyaallah.Majlis telah di rasmikan oleh Al-Fathil Ustaz Ramli bin Sidom( Pegawai Penyelaras Masjid & Surau JAIS ).

Saksikan beberapa foto yang sempat dipostkan buat tatapan semua.

Majlis Khatam Al-Quran dengan bimbingan oleh Imam 1 Masjid Al-Muhtadin Ustaz Hj.Fadil bin Md Noor.Kelihatan pengerusi majlis ialah En.Zainan bin Ismail antara penggerak utama program di Masjid Al-Muhtadin. Semua peserta bergambar bersama para jemputan antaranya dari kanan Pn Norzayah(Ketua Muslimat Masjid),En.Azizan bin Suradi(S/U Masjid),Ustaz Hajar bin Opir(YDP ISMA PJ), Tn.Syed Abdul Malek bin Syed Hamid Al-Jafree ( Ahli Majlis MBPJ),Us.Ramli bin Sidom (JAIS), Ustaz Fauzi Asmuin (ISMA) dan Timb.YDP ISMA PJ. Bergambar bersama penggerak utama program muslimat antaranya Pn.Norzayah dan Ustazah Hayati.Ucapan terima kasih kepada Dr.Normah bt Abdullah dari ISMA PJ yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan Jom Sunathon 2008.
Terima kasih kepada Ustaz Ramli bin Sidom yang sudi hadir walaupun saya jemput hanya dengan panggilan telefon.Juga buat Tn.Syed Abd Malek yang sudi hadir walaupun hanya di jemput untuk hadir pada 8.00 pagi hari majlis tersebut.Inilah contoh pemimpin... Walaupun sibuk luangkan juga masa berbanding ada anak kariah sendiri yang memang tahu ada program tadi buat tak reti sahaja...Lebih malang lagi kalau ada di tingkat atas tapi tak nak jengok langsung ke tingkat bawah..
Sedang mendengar taklimat dan menunggu giliran.Debar di dada hanya Allah sahaja yang tahu. Pengerusi majlis mengingatkkan jangan pulak ibu bapa yang pengsan...mana tau kan!!!

Acara sampingan...pertandingan mewarna kanak-kanak juga dibawah seliaan team pendidikan ISMA PJ.

Sembur!!!!!....Mandikan mereka semua Terima kasih kepada Bomba&Penyelamat Sg.Buloh yang sudi hadir untuk membantu dan seterusnya mengadakan pameran bagi memeriahkan lagi program ini.
Adik Harith Mursyidi dah selesai...Relex je!!! Boleh baca buku lagi tu... Adik Hanin Maisyarah tertidur kerana menunggu abang tersayang.

Yang bagi peace tu bukan main penakut asalnya..Sebelum sampai giliran menggigil dan huru-hara ketakutan.Dah lepas bukan main peace lagi...Yang sorang lagi tu memang handal,dari awal lagi buat selamba je!!! Macam kena gigit semut api jee!!!
Aksi team Prof.Latif & Young Mercy dari Cyberjaya Medical Collage, team ‘Smart Clamp’ dan sukarelawan ISMAPJ.Ini antara yang bole siarkan...yang lain foto 18 SX. Team Young Mercy sedang melapah!!! En.Hamdan tersengih saje tengok anak terunanya dikerjakan..

Foto khas!!! DUA hero yang paling handal dan liat.Semua dapat giliran yang pertama tetapi selesai adalah yang terakhir.Antara kata2 yang paling menarik "akak yang buat??tak nak akak!!! " melompat dari tempat berbaring beb!!!

Sempat lagi tu Ustaz Halim dengan puteranya bergaya di motor Bomba.Terima kasih ustaz kerana kerjasama yang diberikan.

Terima kasih buat semua petugas samada dari pihak masjid,ISMA PJ dan team Young Mercy. Hanya allah swt yang mampu membalas budi baik tuan&puan.Semoga bertemu lagi dilain program di Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai.

Banyak lagi foto disini dan disini pun ada lagi!!!

Terima kasih semua... Jazakallahu Khairan.

No comments: