Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Tuesday, November 11, 2008

Pemimpin BN & Ulasan Dangkal

Mike Tyson Tunjuk Power

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Muhammad Taib meminta masyarakat Islam termasuk semua ahli UMNO, di negeri itu supaya menghalang PAS daripada mengambil alih masjid-masjid sebagai wadah politik akar umbi dengan mengambil alih pengurusan masjid.
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, bekas menantu Sultan Selangor dan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya itu, berkata, bahawa beliau dimaklumkan bahawa PAS parti dalam Pakatan Rakyat (PR) telah menghantar wakil mereka untuk menyelinap masuk dalam pengurusan masjid.
Saya telah meneliti kata- kata bekas Menteri Besar Selangor itu bahawa beliau adalah seorang pemimpin peringkat negeri tebal rasa dengkinya kepada perjuangan Islam, kental taksubnya terhadap assobiyah sempit dan menampakkan beliau jahil tentang pegangan politik PAS dan kedaulatan atau kuasa Sultan Selangor ke atas semua masjid di negeri itu.

Power
Masjid tertakluk di bawah agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor. Perlembagaan telah menentukan, bahawa sultan di negeri-negeri dalam Malaysia adalah mengetuai majlis tersebut. Ertinya bukan UMNO. Pada masa ini PAS bersama Pakatan Rakyat (PR), maka tidak ada salahnya PAS menyertai atau meresap masuk dalam pengurusan masjid.
Di sinilah saya melihat Muhammad Taib yang seolah-olah menegakkan super powernya itu mahu menghalang orang Islam dari PAS menyertai pengurusan masjid di negeri tersebut. Adakah orang-orang PAS menyertai pengurusan masjid di negeri tersebut berlawanan dengan agama Islam dan Perlembagaan Negeri Selangor? Muhammad Taib patut menginsafkan diri, bahasa orang PAS dan orang UMNO adalah orang Islam lagi mukmin.
Jika Muhammad Taib menghalang penyertaan orang PAS dalam pengurusan masjid di Selangor, bererti beliau mencuba untuk memecah belahkan umat Islam di negeri itu. Kalau pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., beliau termasuk dalam golongan Abdullah Ibni Ubai yang sering menghalang orang-orang dan Muhajirin dan Ansar menyertai jemaah masjid-masjid di seluruh Yathrib atau Madinah.

Abdullah ibnu Ubai
Pada zaman itu golongan Abu Musa (pemimpin orang-orang munafik yang tinggal di Syam) dan Abdullah Ibni Ubai telah membina sebuah masjid dhirar - huruhara atau memecah belah, di Yatrib (Madinah) seperti jelaskan Allah dalam Quran:
Dan mereka (orang - orang munafik) yang membina masjid Dhirar hendak memecah belahkan orang - orang yang beriman dan kerana menyambut orang - orang dari sejak dulu telah memerangi Allah dan Rasul-Nya.Dan sesungguhnya mereka telah bersumpah: Kami hanya hendakkan kebaikan. Dan Allah menjadi saksi, bahawa sesungguhnya mereka itu para pendusta. Jangan kamu berdiri (sembahyang) dalam masjid itu selama- lamanya.At Taubah:107, 108.

Apakah Muhammad Taib mahu menjadi orang dalam golongan tersebut dengan menghalang orang-orang PAS menyertai pengurusan masjid-masjid di Selangor?Apakah Muhammad Taib dan UMNO lebih berkuasa dari Sultan Selangor? Rakyat Selangor mungkin tidak lupa, bahawa pada masa Muhammad Taib menjadi Menteri Besar Selangor, beliau telah dimurka oleh Sultan Selangor, Al Marhum Sultan Salahuddin Aziz kerana berkahwin dengan puteri Baginda dengan tidak diketahui oleh Baginda di luar Selangor.

Saya fikir, Datuk Abdullah Ahmad Badawi yang faham ilmu Islam, mufti dan para ulama Selangor tidak menyebelahi Muhammad Taib kerana pendapat beliau hampir benar dengan pendapat Abdullah Ibni Ubai.

Melayu

Kalau hendak diambil kira, perjuangan PAS yang mempertahankan Islam dan mahu menegakkan negara Islam di bumi ini lebih baik dari parti yang diperjuangkan oleh Muhammad Taib. Tetapi kerana parti itu semua ahlinya orang Melayu dan Islam (di Semenanjung), saya kira kerjasama ahli-ahli parti itu dengan UMNO amat baik bagi dan ini saya kira tidak ditolak oleh orang-orang yang hatinya ikhlas dan jujur sesama umat Islam.
Muhammad Taib boleh berjuang dalam partinya dan boleh naik ke puncak sehingga ke kerusi Timbalan Perdana Menteri, tetapi fikir-fikir secara orang mukmin, jangan memecah belahkan orang Islam kerana perjuangan politiknya.
Percayalah, Allah melaknat manusia yang memecah-belahkan umat Islam! Sebenarnya Muhammad Taib kini adalah seorang yang sedang bernafsu hendak menjadi pemimpin - Timbalan Presiden UMNO dan mungkin Timbalan Perdana Menteri,maka apa sahaja boleh mendapat publisiti, maka beliau lakukan.

No comments: