Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Tuesday, July 22, 2008

Sutera Damansara lagi.. Dialog Projek JPH

Pemaju setuju tidak teruskan pembinaan jalan

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story1766713.asp
DAMANSARA DAMAI - Kebimbangan penduduk Blok J dan H Apartment Idaman di sini, bakal berakhir apabila pemaju bersetuju untuk tidak meneruskan projek jalan raya tersebut. Dalam sesi dialog dan penerangan mengenai projek pembinaan kuarters dan bangunan milik Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) itu, baru-baru ini, pihak pemaju, Puncak Wangi Sdn Bhd akan memikirkan alternatif laluan lain tanpa mengganggu kawasan penampan. Pengurus kanan projek, Yunus Badawi berkata, pihaknya tidak akan meneruskan pembinaan jalan itu berikutan bantahan daripada penduduk. “Kita akan cuba memikirkan kaedah laluan lain yang dirasakan sesuai dan tidak akan membabitkan kawasan berhampiran penduduk, Sebelum ini, Jawatankuasa Bertindak Apartment Idaman Damansara membantah pembinaan jalan kerana akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk kesesakan jalan.
Apakah ini boleh dipercayai selepas beberapa siri bantahan dan rundingan dicabuli??
Kami akan terus memantau dan menentang kerja2 jahat mereka!!
Ini adalah sebahagian dari perbincangan dialog tersebut;
MINIT MAJLIS PEMAJU PROJEK JPH BERSAMA PENDUDUK

TARIKH : 19 Julai 2008
HARI : Sabtu
MASA : 4.00 Petang
TEMPAT : Dewan Blok L Apartmen Idaman,Damansara Damai

KEHADIRAN :
Anggaran 100 orang tanpa kehadiran wakil atau yang berkenaan dari ADUN Bukit Lanjan, Ahli Majlis MBPJ, Perancang Bandar MBPJ dan pihak UPEN Selangor.

PENGERUSI MAJLIS : En. Wan Ammarul
1. Kata Aluan Pengerusi Majlis

1.1 Wan Ammarul mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang hadir.
1.2 Menjemput Pengerusi Surau Khalifah Umar Abdul Aziz Apt. Idaman En.Mohd Saad bin Abd Razak membaca doa agar majlis diberkati.
1.3 Pengerusi menjelaskan bahawa adanya cadangan pembinaan pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
1.4 Wan Ammarul menjemput En.Yunus bin Badawi dari Puncak Wangi Sendirian Berhad menyampaikan ucapan dan menerangkan keseluruhan projek Jabatan Perkhidmatan Haiwan
2. Ucapan En.Yunus bin Badawi dari Puncak Wangi Sdn Bhd

2.1 En.Yunus menjelaskan bahawa projek JPH ini berkonsepkan penswastaan dengan perjanjian bersama kerajaan negeri.Tujuan ialah menggantikan bangunan JPH Daerah Petaling di belakang Hotel Hilton yang semakin daif.
2.2 Keluasan projek dianggarkan 4 ekar mengandungi 14 unit rumah kakitangan JPH,2 tingkat pejabat JPH,klinik haiwan kesayangan, kandang/reban,sebuah surau, padang sepak takraw dan yang berkaitan.
2.3 Masalah yang dihadapi ialah tiadanya jalan untuk masuk ke tapak projek tersebut dan berharap agar tiada bantahan dari penduduk untuk membina jalan melalui zon penampan di belakang blok J dan Blok H Apartmen Idaman.
2.4 Memerlukan lebar kawasan di zon penampan 40 kaki meliputi jalan selebar 24 kaki dan kaki lima jalan serta pagar penghadang.
2.5 Jalan yang di bina hanya untuk kegunaan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan pelawat yang berkunjung ke pejabat itu sahaja.
3 .Ucapan Pn Hajjah Sofina Hashim ( Pengurus Besar PWSB )

3.1 Pn.Sofina mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
3.2 Beliau menjelaskan bahawa projek JPH ini telah diluluskan pada tahun 2005 dan telah tertangguh hampir 3 tahun.
3.3 Beliau menjelaskan bahawa pejabat JPH sedia ada sangat uzur dan daif.Oleh itu perlu segerakan pembinaan untuk memindahkan JPH ketempat yang baru.
3.4 Hasil maklumat yang Pn Sofina terima beliau memberitahu pihak penduduk memerlukan sebuah surau untuk kegunaan ibadat harian.
3.5 Pihak Puncak Wangi Sendirian Berhad bersedia memberi sumbangan ikhlas RM 300,000.00 untuk membina sebuah surau dan mengharapkan kerjasama penduduk berbincang.
3.6 Beliau menjelaskan agar penduduk sudi menerima sumbangan tersebut kerana ini bukan kali pertama pihak PWSB memberi sumbangan seperti ini.Jika penduduk berminat dengan tawaran ini diharapkan dapat berunding bersama persatuan penduduk.
3.7 Pn.Hajjah Sofina Hashim juga menjelaskan oleh kerana adanya bantahan dan bukan 100% menyokong maka pihak Puncak Wangi Sendirian Berhad dengan ini membatalkan pembinaan jalan ke JPH tersebut.
4. Pandangan Penduduk

4.1 Wan Ammarul merasa syukur dan terkejut kerana pihak PWSB bersedia menyumbangkan dana RM300,000.00 untuk membina surau.
4.2 En Rashid bin Ahmad membantah kenyataan Pn.Sofina berkaitan keperluan surau di Apartmen Idaman.Beliau menyatakan bahawa;
- Ini adalah agenda Wan Ammarul sahaja
- Surau sedia ada pun masih elok dan tidak penuh.
- Orang berkenaan pun tidak pernah ke surau.
- AJK surau tidak pernah berhajat membina surau baru.
- Penduduk membantah sepenuhnya sebarang usaha
untuk melobi membina jalan di zon penampan.
4.3 Penduduk bangun beramai-ramai dan terdapat sedikit ketegangan membantah kenyataan dan pendapat PWSB;
- Tiada keperluan membina surau
- Sumbangan RM300,000.00 boleh diterima tetapi tiada
syarat membina jalan di zon penampan.
- Tiada kompromi dan perbincangan selepas ini.
4.4 Majlis ditangguhkan dengan tergesa-gesa kerana bantahan penduduk dan seterusnya meja utama dikerumuni oleh penduduk meminta penjelasan dan memberi kata dua bahawa tiada lagi rundingan selepas ini.
Majlis bermula pada 4.00 petang.
Majlis ditangguhkan pada 4.40 petang.

Ulasan ;

1. Majlis diadakan melalui usaha rundingan oleh PWSB dan persatuan penduduk yang cenderung menyokong projek ini.
2. Pada 9 Julai 2008 telah diadakan rundingan antara PWSB dan beberapa wakil penduduk yang berkenaan dan majoriti yang hadir membantah.Namun En.Wan Ali dari PWSB tetap ingin berjumpa penduduk seperti tarikh di atas.
3. Kemusykilan majlis ini ialah tiada penglibatan dan kehadiran ADUN Bukit Lanjan, Ahli Parlimen Subang, Perancang Bandar MBPJ, Ahli Majlis MBPJ, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan yang berkenaan. Penduduk berpendapat bahawa projek ini mendapat bantahan keras dari banyak pihak.
4. Penduduk Blok H dan Blok J tetap dengan keputusan bahawa tiada pembangunan dibenarkan di Zon Penampan Apartmen Idaman.
5. AWAS dengan usaha menggunakan sogokan wang!!!

No comments: